Friday, 12 August 2011

UKM - Hari ICT PTM UKM 2011 !


Assalamualaikum..

LAB No.5 

icon



Hari ICT PTM 2011 diadakan selari dengan usaha menjadikan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) sebagai sebuah pusat perintis ICT di UKM. Tahun 2011 merupakan tahun pertama PTM menganjurkan acara sebegini dengan objektif untuk melebarkan jaringan dengan industri ICT untuk ‘Technology Update’, memantapkan jaringan kerjasama antara IPTA dan stakeholder dan dalam usaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan PTM berdasarkan maklumbalas pelanggan.

Dengan tema ‘ICT Pemacu Transformasi’, Hari ICT PTM juga akan menjadi medan kepada warga kampus, IPTA, pelajar sekolah, jabatan kerajaan, syarikat swasta mahupun masyarakat umum khususnya di sekitar Bandar Baru Bangi mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTM. Selain itu, Hari ICT ini juga dapat memberi pengetahuan tentang perkembangan dalam bidang ICT selain mendapat maklumat terkini serta faedah lain melalui pameran, khidmat nasihat, ceramah ICT dan lain-lain lagi daripada syarikat-syarikat ICT terkemuka.

No comments:

Post a Comment