(LAB NO 5)
Kejayaan Cemerlang UPNM di Pameran Invention, Innovation And Technology Exhibition (ITEX) 2011
Wednesday, 01 Jun 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Invention, Innovation And Technology Exhibition (ITEX) 2011 anjuran The Malaysian Invention and Design Society (MINDS) yang telah diadakan pada 20 - 22 Mei 2011 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. ITEX 2011 adalah merupakan pameran yang terulung di Asia yang mempamerkan hasil reka cipta, teknologi dan produk yang baru di mana ia adalah sebagai platform bagi menggalakkan idea dan reka cipta. Pameran ITEX turut mempamerkan dan memperkenalkan rekaan dan inovasi yang terkini dari universiti, institusi penyelidikan, pereka individu dan sektor korporat dari negara-negara Asia dan Eropah.

Sebanyak 13 penyertaan dari 10 orang penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut di mana UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang cemerlang dengan merangkul 3 pingat emas, 6 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Yang lebih membanggakan UPNM juga telah menerima Anugerah Khas iaitu “Special Award For Best Invention In ICT” yang telah dianugerahkan kepada Kapt. Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria (B) menerusi projek beliau iaitu “G-NUR – Geo Fence National Urgent Response Alert System”.
(http://www.upnm.edu.my/en/index.php?req=47&id=89)
No comments:
Post a Comment